Wednesday, 21 March 2018

LUKISAN :)


v  Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan. Lukisan awal telah wajud sejak Zaman Batu pada dinding-dinding gua, umpanya Gua Lascaux di Perancis, Gua Niah di Sarawak, Gua Tambun di Perak dan sebagainya.
v  Karya lukisan yang dihasilkan biasanya menggunakan media jenis kering dan tidak menggunakan warna kecuali warna daripada alat lukis seperti pensel warna dan krayon.
v  Unsur garisan adalah penting dalam menghasilkan sebuah lukisan dan kebiasaannya dihasilkan secara spontan mengikut gerak hati, dan perasaan pelukis masing-masing.
v  Justeru, setiap lukisan dapat menunjukkan keaslian dan keindividuan gaya persembahan pelukisnya.

Lukisan di Gua Tambun, Perak

SENI HALUS :)


Sejarah dan Perkembangannya
Sejarah Seni Visual negara kita bermula pada tahun 1920-an dengan penubuhan Penang Impressionist Society. Ahlinya adalah isteri-isteri golongan ekspatriat. Puan Lim Cheng Kung sebagai penaja dan Abdullah Ariff sebagai guru seni lukis. Pada tahun 1930-an, muncul sekumpulan pelukis yang dikenali sebagai 12 pelukis perintis di Pulau Pinang, antaranya ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen. Mereka menjadikan landskap sebagai tema karya cat air mereka.

Pada tahun 1950-an, muncul pula pelukis seperti Chuah Thean Teng dan Khalil Ibrahim yang menggunakan subjek tempatan sebagai tema dalam karya catan mereka. Penubuhan Wednesday Art Group melahirkan para pelukis yang menampilkan karya catan gaya naturalisme. Karya mereka bertemakan subjek yang mencerminkan warisan sosiobudaya masyarakat Malaysia.
Selepas merdeka, landskap seni visual negara terus berubah. Kepulangan pelukis-pelukis seperti Jolly Koh dan Ibrahim Hussein ke tanah air telah menampilkan catan gaya ekspresionisme dan ekspresionisme abstrak hasil pengaruh gaya seni barat. Perkembangan seni visual semakin rancak dengan penubuhan Angkatan Pelukis SeMalaysia dan Persatuan Pelukis Malaysia. Penubuhan Institusi seperti institusi Teknologi MARA dan institusi seni swasta menawarkan pelbagai kursus seni menyemarakkan lagi bidang seni visual di negara kita.

Art Talk :)





"Art is a diverse range of human activities in creating visual, auditory or performing artifacts, expressing the author's imaginative or technical skill, intended to be appreciated for their beauty or emotional power"

Apa itu SENI?


·         Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia,terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(1988),"Seni bermaksud kecil sekali,halus,molek atau elok,kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah".
·         Berdasarkan Ensiklopedia Malaysiana (1996:453),"Seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran".
·         Mengikut Ibn. Khaldun "seni itu adalah kebenaran,keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika".


LUKISAN :)

v   Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan. Lukisan awal telah wajud sejak Zaman Batu pada dinding-dinding ...