Wednesday, 21 March 2018

SENI HALUS :)


Sejarah dan Perkembangannya
Sejarah Seni Visual negara kita bermula pada tahun 1920-an dengan penubuhan Penang Impressionist Society. Ahlinya adalah isteri-isteri golongan ekspatriat. Puan Lim Cheng Kung sebagai penaja dan Abdullah Ariff sebagai guru seni lukis. Pada tahun 1930-an, muncul sekumpulan pelukis yang dikenali sebagai 12 pelukis perintis di Pulau Pinang, antaranya ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen. Mereka menjadikan landskap sebagai tema karya cat air mereka.

Pada tahun 1950-an, muncul pula pelukis seperti Chuah Thean Teng dan Khalil Ibrahim yang menggunakan subjek tempatan sebagai tema dalam karya catan mereka. Penubuhan Wednesday Art Group melahirkan para pelukis yang menampilkan karya catan gaya naturalisme. Karya mereka bertemakan subjek yang mencerminkan warisan sosiobudaya masyarakat Malaysia.
Selepas merdeka, landskap seni visual negara terus berubah. Kepulangan pelukis-pelukis seperti Jolly Koh dan Ibrahim Hussein ke tanah air telah menampilkan catan gaya ekspresionisme dan ekspresionisme abstrak hasil pengaruh gaya seni barat. Perkembangan seni visual semakin rancak dengan penubuhan Angkatan Pelukis SeMalaysia dan Persatuan Pelukis Malaysia. Penubuhan Institusi seperti institusi Teknologi MARA dan institusi seni swasta menawarkan pelbagai kursus seni menyemarakkan lagi bidang seni visual di negara kita.

1 comment:

  1. Best Online Slots - DrmCD
    › casinos 익산 출장샵 › casinos Nov 20, 2021 경주 출장마사지 — Nov 서울특별 출장샵 20, 2021 This page has already been updated 목포 출장안마 with new and useful links, links, and a 포천 출장안마 list of all the casinos which have already been released.

    ReplyDelete

LUKISAN :)

v   Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan. Lukisan awal telah wajud sejak Zaman Batu pada dinding-dinding ...